My Blog List

Saturday, June 4, 2011

Sejarah kesatuan Malaysia



SEJARAH/LATARBELAKANG
PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIA
1. SEJARAH LATARBELAKANG
2. HAK BERKESATUAN SEKERJA
3. TUJUAN KESATUAN SEKERJA
4. STRUKTUR KEANGGOTAAN KESATUAN
5. BILANGAN KESATUAN SEKERJA
6. LARANGAN KEANGGOTAAN PEGAWAI AWAM
7. PERSEKUTUAN/BADAN PERUNDING

SEJARAH LATAR BELAKANG

Abad ke 19 - Pengaruh politik dan kepentingan ekonomi British di
Malaya dan kemasukan pekerja asing.
1920 - Pertubuhan menyerupai kesatuan sekerja
(Chinese Workers Guids)
1928 - Parti Komunis Malaya di tubuhkan
1935 - Mogok di lombong Batu Arang.
1940 - Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 diperkenalkan
1941 - Penaklukan Jepun ke atas Malaya
1945 - Kesedaran politik - penubuhan kesatuan sekerja.
1946 - General Labour Union melancarkan 41 mogok, di susun
semula menjadi Pa Malayan Federation of Trade Unions.

1946 - Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dikuatkuasakan.
(Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja ditubuhkan)

1947 - Pendaftaran Kesatuan Sekerja 298 kesatuan /195,113
ahli.

1948 - Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dipinda.
Persekutuan Kesatuan sekerja/had keanggotaan.
1948 - Malaya dalam darurat
1959 - Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 menggantikan
Enakmen 1940 daftar semula Kesatuan /250 kesatuan
175,647 ahli.
1965 - Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 di perluaskan ke Sabah
dan Sarawak.
1981 - Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dinamakan Akta
Kesatuan Sekerja 1959.
1989 - Gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja diganti dengan
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.
- Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja dikenali sebagai
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
HAK BERKESATUAN SEKERJA
1. Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
" semua warganegara adalah berhak menubuhkan kesatuan '
2. Seksyen 8 Akta Kerja 1955 :
" Tiada kontrak perkhidmatan boleh menghadkan hak pekerja
untuk menganggotai kesatuan sekerja atau menyertai dalam
aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja atau menubuhkan kesatuan
sekerja"
3. Seksyen 5 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Tiada majikan boleh
(a) Mengenakan syarat menyekat hak seseorang
menggangotai kesatuan sekerja atau meneruskan
keanggotaanya dalam kesatuan sekerja.
TUJUAN KESATUAN SEKERJA

1. Mengatur perhubungan antara pekerja-pekerja dengan majikan
majikan bagi maksud menggalakkan perhubungan perusahaan
yang baik, memperbaikkan syarat-syarat pekerjaan, memperbaikan
status sosial dan ekonomi pekerja-pekerja dan meningkatkan 
produktiviti.
2. Mengatur perhubungan antara pekerja dengan pekerja atau antara
majikan dengan majikan.
3. Mewakili pekerja-pekerja atau majikan-majikan dalam pertikaian
perusahaan.
4. Menjalankan atau mengendalikan pertikaian perusahan dan perkara
-perkara yang berkaitan dengannya.
5. Menganjurkan atau membiayai mogok atau memperuntukkan gaji
atau faedah-faedah lain kepada anggota-anggotanya semasa
mogok dijalankan.
6. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, seminar, dialog dan 
sebagainya.
7. Menerbit jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain.
8. Menubuhkan dan mentadbirkan tabung kebajikan dan secara 
amnya melaksanakan apa-apa objektif kesatuan sekerja yang sah.
LARANGAN KEATAS KEANGGOTAAN PEGAWAI AWAM
1. Anggota Polis Diraja Malaysia
2. Anggota Perkhidmatan Penjara
3. Anggota Angkatan Bersenjata
4. Pegawai awam yang bertugas dalam jawatan sulit atau 
keselamatan.
5. Pegawai awam yang dilarang di bawah undang-undang bertulis
daripada menubuh atau menjadi anggota kesatuan sekerja.

6. Pegawai awam yang memegang jawatan dalam Kumpulan 
Pengurusan dan Profesional, kecuali mendapat kelulusan daripada
Ketua Setiausaha Negara.
PERSEKUTUAN KESATUAN SEKERJA
1. Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services 
( CUEPACS).
2. Congress of Unions in Teaching Profession

3. Sarawak Wharf Labourers Unions Federation.

4. Federation of Unions of Textile and Garment Industry Workers
5. Peersekutuan Kesatuan Pekerja-pekerja Bank dan Institusi-
institusi Kewangan.
BADAN PERUNDING
a) Dalam Negara
i) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
b) Luar Negara :
i) Public Services International
ii) International Transport Workers Federation
iii) International Metal Workers Federation
iv) International Federation of Petroleum Workers
v) International Federatio
 Dalam Negara
i) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
b) Luar Negara :
i) Public Services International
ii) International Transport Workers Federation
iii) International Metal Workers Federation
iv) International Federation of Petroleum Workers
v) International Federation of Building and Wood Workers.

KESATUAN MAJIKAN 14 542 KESATUAN SEKERJA / ANGGOTA MENGIKUT SEKTOR
PADA 31 MEI 2003
SEKTOR BILANGAN BILANGAN
KESATUAN AHLI
SWASTA 375 440,009

KERAJAAN 128 297,868

PIHAK BERKUASA 
BERKANUN/PIHAK 85 69,171
BERKUASA TEMPATAN


602 807,590


No comments:

Post a Comment