My Blog List

Monday, April 5, 2010

Bendi menajamkan fikiran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dari dahulu kita biasa mendengar dari rakan kita  kaum india mengatakan bahawa makan kacang bendi akan membesarkan otak.Mengikut artikel yang  berkaitan sayur tersebut memang terbukti bahawa kacang bendi membantu meningkatkan perkembangan otak.Galakan anak kita memakan kacang bendi sekurang-kurangnya kita telah berusaha menjadikan anak kita lebih cerdas..insyaallah..

Bendi (hibiscus esculatus) ialah sejenis sayuran buah yang disukai oleh penduduk Malaysia .Bendi berasal dari Afrika tengah dan sesuai ditanam di kawasan yang beriklim tropika dan berhawa sederhana. Di Malaysia, tanaman ini banyak ditanam di Johor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Buah bendi yang muda mempunyai cita rasanya yang tersendiri dan boleh dimasak dan dihidangkan dengan bermacam cara, terpulang kepada selera penduduk-penduduk setempat.
Di samping kegunaannya dalam bentuk buah-buah segar, bendi boleh juga diproses untuk ditin, dibekukan, dikeringkan dan dijeruk dengan garam. Buah-buah yang dikeringkan boleh dikisar untuk dijadikan sebuk bahan perasa. Daun muda dan pucuk boleh digunakan untuk masakan manakala buah yang sudah tua boleh dijadikan bahan untuk gubahan jembak bunga. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang bendi yang tua di jadikan sumber gentian di dalam industri kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

Bendi merupakan sejenis sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang untuk membuang air kecil, berkesan untuk merawat gonerea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

No comments:

Post a Comment