My Blog List

Tuesday, April 6, 2010

Mengurus masa - ( 1 )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Menguruskan masa dengan baik amat penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.Yang penting tentukan objektif utama dan segala aktiviti haruslah menjurus kearah menjayakan segala perancangan dan kurangkan akitiviti yang membazirkan masa dan negatif.Semoga catatan ini boleh dimanafaatkan bersama untuk membantu menguruskan masa yang lebih produktif.
Melakukan perkara dan amalan yang baik memang berat dan sakit diperingkat permulaan  tetapi diperingkat akhirnya kita akan mendapat kemanisan ,kepuasan dan kejayan dunia akhirat ,insyaallah.Melakukan aktiviti negatif dan mungkar memang seronok dan manis diperingkat awal tetapi akan berakhir dengan kepahitan dan penyesalan .
Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah..tanpa hidayah kita tidak mampu membezakan intan atau kaca ,lawan atau kawan dan ular atau tali.Semoga dengan penambahan usia maka kita akan bertambah ilmu ,amalan dan pengalaman untuk manafaat bersama "Sebaik manusia adalah orang yang paling banyak  manafaat kepada orang lain.( Maksud hadis )"

No comments:

Post a Comment