Ketika ini saya sedang berkursus di Institut Biodiversiti Perhilitan di Lancang.Banyak manafaat didapati dari kursus ini dimana bengkel diketuai oleh DR. Nazri UPM , Dr.Rosli UM ,Dr. Zakaria Husin UPM untuk memantapkan kaedah survei dan manual inventori semasa expedisi dan collection sampel dan data di lapangan.
Dimaklumkan bahawa untuk memudahkan membuat rujukan ..specimen semut banyak terdapat di universiti Sabah disamping spesimen tumbuhan banyak terdapat di herbarium Negara di FRIM Kepong.Saya dapat menyumbang senarai spesies buah hutan yang diperlukan untuk merekod habitat primet dan berkongsi pengalaman tentang jenis buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang disukai binatang liar yang perlu dikekalkan.
Tapir gemarkan buah masam seperti bacang hutan dan ludai ,simpuh ,pauh kijang untuk rusa dan berbagai lagi.Disini juga terdapat banyak spesimen binatang liar yang diawet disimpan didalam muzium dan insyaallah akan datang akan saya pamerkan gambar-gambar tersebut yang sangat menarik.
No comments:
Post a Comment