My Blog List

Wednesday, March 17, 2010

Aktiviti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KEKAM Serdang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke MARDI Langkawi dan MARDI Bukit Tangga pada 5- 7 Mac 2010.Program ini melibatkan 44 orang ahli dan anggota keluarga.Secara keseluruhannya program ini dianggap berjaya dimana semua ahli rombongan berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi disamping melawat Stesen MARDI Langkawi.Menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang amat mendebarkan disamping melawat Galeri Tun Mahathir .
Sebelum pulang kami sempat singgah di Padang Besar dan MARDI Bukit Tangga sebagai Pusat Penyelidikan Buah-buahan terbesar di Malaysia.Dalam perjalanan pulang bas yang kami naiki menghadapi masaalah tayar kempis dan berjaya menukar tayar baru secara bergotong-royong.
Terima kasih kepada En.Hashim Mat Pengurus MARDI Langkawi dan En.Kadir disamping En.Kadhir Pengurus MARDI Bukit Tangga kerana sudi meraikan kedatangan kami.Banyak pengalaman yang boleh pelajari dari program ini.

No comments:

Post a Comment