KESATUAN KAKITANGAN AM MARDI MALAYSIA
( KEKAM )
CAWANGAN SERDANG
No.Pendaftaran : 510
LAPORAN DWI TAHUNAN KEKAM CAWANGAN SERDANG 2009/2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tuan/Puan yang dihormati,
Adalah kami Ahli Jawatankuasa KEKAM Cawangan Serdang dengan rasa penuh tanggungjawab dan sukacitanya membentangkan Lapopran Dwi Tahunan yang dijalankan sepanjang tempoh 2009/2011 yang lalu untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung KEKAM Cawangan Serdang ke 20 pada 6 Julai 2011di Auditorium Besar Ibu Pejabat MARDI ,Serdang.
1. Ahli Jawatankuasa KEKAM Cawangan Serdang 2009/2011
Hj.Omar Bin Yahyer - Pengerusi
Javani bin Md. Dom - Naib Pengerusi
Md.Rodzi bin Abdullah - Setiausaha sehingga 18 Januari 2010
Abibah bintiu Mat Amin - Setiausaha Bermula 18 Januari 2010
Ahmad Termizi bin Hj.Salimin - Bendahari
Dayangku Rosfinar binti Awangku Kadri - Penolong Setiausaha Bermula 18/i/2010
Mohd Nor bin Awaludin - Ahli Jawatankuasa
En.Fadruazam bin Solihin - Ahli Jawatankuasa
Haris bin Shamsuddin - Ahli Jawatankuasa
Kasmah binti Mohamad - Ahli Jawatankuasa
Mohamad bin Abd.ziz - Ahli Jawatankuasa
2. Ahli Jawatankuasa KEKAM Pusat 2009/2011
Ramli bin Omar - Yang Dipertua
Sanusi Samsuri - Naib Yang Dipertua
Che Ab.Ghani bin Adam - Setiausaha
Md.Rodzi bin Abdullah - Penolong Setiausaha
Rosli bin Hussin - Bendahari
Hajah Jamaliah bt. Ahmad - Penolong Bendahari
3. Ahli Majlis Jawatankuasa Agung( MJKA )
Pengerusi – pengerusi KEKAM Cawangan Kedah,Pulau Pinang, Perak, Selangor,Serdang,Melaka,Johor,Pahang,Terengganu dan Kelantan.
4. Mesyuarat AJK KEKAM Cawangan Serdang.
Ahli Jawatankuasa KEKAM Cawangan serdang bagi sessi 2009/2011 telah mengadakan mesyuarat sebanyak 14 kali.
Semua mesyuarat diadakan di Pusat Ilmu.
Bil. | Tarikh | Tempat |
1 | 12/11/09 | Pusat Ilmu |
2 | 15/12/09 | Pusat Ilmu |
3 | 4/1/2010 | Pusat Ilmu |
4 | 18/1/2010 | Pusat Ilmu |
5 | 25/1/2010 | Pusat Ilmu |
6 | 4/2/2010 | Pusat Ilmu |
7 | 25/2/2010 | Pusat Ilmu |
8 | 30/3/2010 | Pusat Ilmu |
9 | 14/7/2011 | Pusat ilmu |
10 | 15/12/2010 | Pusat Ilmu |
11 | 19/1/11 | Pusat Ilmu |
12 | 4/2/2011 | Pusat Ilmu |
13 | 28/3/2011 | Pusat Ilmu |
14 | 7/4/2011 | Pusat Ilmu |
5. Kehadiran Ahli J/K adalah seperti berikut :
1 2 3 4 5 6 7 8
Hj.Omar Bin Yahyer H H H H TH H H H
Javani bin Md. Dom H H H H H H H H
Md.Rodzi bin Abdullah H H - - - - - -
Abibah bintiu Mat Amin H H H H H H H H
Ahmad Termizi bin Hj.Salimin H H H H H TH TH TH
Dayangku Rosfinar binti Awangku Kadri - - H H H H H H
Mohd Nor bin Awaludin H H H H TH H TH H
En.Fadruazam bin Solihin H H H TH TH TH H H
Haris bin Shamsuddin H H H H H H H H
Kasmah binti Mohamad H H H H TH H H H
Mohamad bin Abd.ziz H H H H H H H H
9 10 11 12 13 14
Hj.Omar Bin Yahyer H H H H H H
Javani bin Md. Dom H H H H H H
Abibah bintiu Mat Amin H H H H H H
Ahmad Termizi bin Hj.Salimin H H H H H H
Dayangku Rosfinar binti Awangku Kadri TH TH H H TH H
Mohd Nor bin Awaludin H TH H H H H
En.Fadruazam bin Solihin TH H H H H H
Haris bin Shamsuddin H H H H H H
Kasmah binti Mohamad TH TH H H H H
Mohamad bin Abd.Aziz H H H H H H
6. Laporan aktiviti KEKAM Cawangan Serdang Bagi Sessi 2009/2011
1.Seminar Pengetahuan Tacit Kakitangan Sokongan MARDI Peringkat kebangsaan Yang diadakan di MAEPS.
Seminar pengetahuan tacit telah diadakan pada Julai 2009 melibat hampir 1200 kakitangan sokongan MARDI dari seluruh Malaysia.KEKAM Serdang bertanggungjawab menjadi urusetia makanan dan minuman.Kseluruhan seminar telah dijalankan dengan jayanya dimana semua kakitangan sokongan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.Seminar ini juga mencatat sejarah dimana keseluruhan program seminar dijalankan oleh kakitangan sokongan termasuk pembentang kertaskerja.
2.Persidangan KEKAM peringkat Kebangsaan kali ke-19.
Persidangan KEKAM peringkat kebangsaan kali ke- 19 telah diadakan pada 15- 17 disember 2009. KEKAM Serdang bertanggungjawab mengendalikan keseluruhan aktiviti persidangan ini yang melibatkan hampir seratus perwakilan dari cawangan KEKAM seluruh Malaysia. Persidangan telah dijalankan dengan jayanya dimana En.Ramli bin Omar mengekalkan jawatannya dan En.sanusi Samsuri mengambil alih jawatan naib Yang Dipertua.
3.Hari Terbuka KEKAM Serdang.
Hari terbuka KEKAm telah diadakan pada 27Februari 2010 melibatkan 150 orang ahli KEKAM bersama keluarga.Datuk KP sudi merasmikan program sukan ini dimana lebih belas acara ditandingkan melibatkan kanak-kanak dan peserta dewasa.Diakhir program Datuk KP ,iisteri dan PKO sudi menyampaikan hadiah permainan hadiah cabutan bertuah.Keseluruhannya aktiviti telah dijalankan dengan lancar dan melalui program ini dapat menarik lebih ramai kakitangan baru menjadi ahli KEKAM.
4. Lawatan ke MARDI LANGKAWI dan MARDI Bukit Tangga.
Lawatan ini diadakan pada 5-7 Mac 2010 melibatkan 40 orang peserta.Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli KEKAM kepada aktiviti pertanian perlancongan yang dijalakan di MARDI Langkawi.
Lawatan ke MARDI Bukit Tangga telah mendedahkan ahli-ahli KEKAM kepada aktiviti tanaman buah-buahan secara ladang yang luas dimana Stesen MARDI Bukit Tangga adalah stesen Penyelidikan Buah-buahan terbesar di Malaysia.
5. Lawatan ke MARDI Cameron Higlands dan Perkampungan orang Asli.
Lawatan ke MARDI Cameron Higlands telah diadakan pada 29-31 /10/ 2010 melibatkan 80 peserta dengan menaiki 2 buah bas.Dalam lawatan ini para peseta rombongan telah didedahkan kepada teknologi pertanian di tanah tinggi.Para peserta amat teruja dengan keindahan alam semula jadi Cameron Higlands disamping cuacanya yang nyaman dan dingin.Diakhir rombongan para peserta mengambil peluang membeli hasil pertanian yang murah dan segar sebagai buah tangan untuk keluarga dan sahabat handai.Disamping itu para peserta sempat menziarahi perkampungan orang Asli Cameron Hihlands untuk menyampaikan bantuan pakaian terpakai yang dikumpulkan di MARDI ibu Pejabat termasuk sumbangan dari stesen MARDI yang lain.
6. Lawatan ke MARDI Kuala Linggi.
Lawatan ke MARDI Kuala Linggi telah diadakan pada 28 Februari 2011 melibatkan 10 orang Ahli Jawatankuasa.Para peserta disambut dengan meriah oleh Pengurs Stesen En.Shafie Bukari bersama dengan kakitangan yang lain.Para peserta amat teruja dengan teknologi memproses minyak pati yang boleh dibuat sabun dan pewangi yang mempunyai kualiti setaraf kualiti angtarabangsa.Sebelum pulang tuan Haji Ibrahim Bidin telah memberi hadiah sabun dan minyak wangi kepada para peserta sebagai cederahati .Pada malam sebelum semua AJK sempat bermesyuarat mengmaskini senarai ahli terkini KEKAM sedang di chalet tempat penginapan.Pada malam itu juga para peserta rombongan telah menyediakan ikan dan udang bakar untuk jamuan malam dengan menggunakan wang kutipan dari setiap peserta...
Pada waktu petang pada hari yang sama para peserta berkesempatan melawat projek e- Kasih melibatkan petani miskin melibatkan projek itek telur dan Gerai makan.
7.Program bimbingan Komputer.
Proram bimbingan computer telah diadakan pada 13-15 April 2010 melibatkan hampir 40 peserta bertempat di pusat computer MARDI.disepanjang kursus ini para peserta mendapat bimbingan secara formal berkaitan pengndalian E-Mail,excel dan Words.Jamuan makan para peserta dibiayai oleh Sumber Manusia dan KEKAM menyumbang saguhati kepada tiga orang pembimbing dari pusat computer.
8. Kursus menjahit.
Kursus menjahit telah diadakan pada 1- 3 Ogos 2010 bertempat di Pusat ilmu yang dijalankan sewaktu rehat tengahari melibatkan 40 peserta.Puan Abibah dan Puan Jameah Baharom sudi menjadi pembimbing dan diakhir kursus terdapat peserta yang mampu menjahit pakaian mereka sendiri.
9. Menyediakan jamuan Raya.
KEKAM Serdang telah membantu penganjur Jamuan Raya Puasa MARDI Serdang dengan menydiakan soto pada raya 2009 dan rojak buah pada 2010.Seramai hamper 20 peserta dikalangan ahli bergotong royong menyediakan juadah tersebut dimana segala kos ditanggung oleh MARDi dan KEKAM Pusat.Program ini agak mencabar ,kerana KEKAM Serdang diminta menydiakan juadah untuk 800 orang setiap perayaan.Bagaimanapun program ini dapat merapatkan silaturrahim kakitangan disamping dapat berbakti kepada masyarakat MARDi Ibu Pejabat.
10. bantuan Kebajikan.
Bantuan kebajikan juga telah diberi kepada kakitangan yang mendapat rawatan di hospital dan mengalami musibah kebakaran untuk meringankan bebanan ahli.Senarai penerima bantuan adalah seperti dilampirkan.Ahli-ahli yang bersara juga diberi saguati dan sebuah jam sebagai cendera hati.