My Blog List

Monday, April 26, 2010

Expedisi Endau Kota TInggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya dan 2 rakan dari MARDI telah menyertai Expedisi Endau Kota Tinggi pada 23  - 26 April 2010.Expedisi dianjurkan oleh Jabatan Perhilitan dan disertai oleh berbagai universiti seperti UKM , UPM , UMS , UNIMAS dan MARDI.Keseluruhan peserta Expedisi ialah seramai 35 orang termasuk seorang Profesor dari Jepun.
Kumpulan  MARDI diketuai oleh En Faizal dan dibimbing oleh En.Masrom Hasran sebagai kakitangan berpengalaman dalam mengenalpasti buah nadir dan herba.
Kami menemui banyak specis buah nadir dan herba yang unik dan susah ditemui termasuk BITANGOR yang dipercayai boleh menyembuh penyakit AIDS. Senarai penemuan akan dimasukan didalam blog ini pada siri akan datang termasuk specis yang belum dikenal pasti dan berharap pembaca ruangan ini dapat memberi maklumat.

CABARAN
Pada hari pertama pengembaraan kami ada renjer yang mengiringi kami membawa senjata api kerana terdapat binatang liar termasuk gajah dan harimau di kawasan tersebut.Kami megubah  haluan pengembaraan apabila dimaklumkan terdapat bunyi gajah di atas bukit.Akhirnya  kami berjaya menyelesaikan expedisi ini dengan selamat dan segala maklumat yang diperlukan telah diserahkan kepda Jabatan Perhilitan.Disepanjang expedisi kami dapat berkongsi pengalaman dengan peserta dari agensi dan universiti lain berkaitan dengan kepentingan Biodiversiti.

KEINDAHAN ALAM
Base-camp kami terletak di tepi air terjun yang cantik dan nyaman.Di sepanjang tepi sungai dipenuhi dengan pokok jambu hutan dan exora hutan dimana buahnya boleh dimakan. Kami melepaskan penat dan memulihkan tenaga selepas seharian mengembara didalam hutan dikawasan air terjun.Dikatakan kebersihan udara di kawasan air terjun melebehi 50 kali ganda dari udara didalam bilik.

SAMPEL

Hampir 50 sampel tumbuh-tumbuhan telah dikutip dan dibawa pulang untuk disimpan di Makmal Herbarium sebagai rujukan pada masa akan datang.Sampel orkid tanah tidak dibenarkan dibawa pulang kerana specis larangan dan kawalan.




Report for inventory of fruit and wild species at RHL Endau.


Matau Trail 

No.   Local name    Scientific name     Frequency

1 Ara (*fruiting) Ficus sp. (Euphorbiaceae) 1

2 Medang daun lebar Litsea castanea (Lauraceae)

3 Bintangor Callophyllum linogram 3

4 Otak udang Buchanania sp. (Euphorbiaceae) 1

5 Ara perak (*fruiting) Ficus grossiolodus (Euphorbiaceae) 2

6 Gertak tangga Castanopsis megacarpa (Leguminosae) 1

7 Litsea grandis (Lauraceae) 1

8 Tinjau belukar Portenandria anysophyllea (Rubiaceae) 2

9 Bauhinia sp. (Leguminosae) 1

10 Sesenduk Endospermum malaccences (Euphorbiaceae) 1

11 Jering (*flowering) Archidendron jirringa (Lauraceae) 2

12 Putat hutan Barringtonia sp. 1

13 Durian hutan (*flowering) Durio singaporensis (Bombacaceae) 7

14 Balik angin (*flowering) Mallotus sp. (Euphorbiaceae) 1

15 Mata pelanduk Ardisia sp. (Euphorbiaceae) 1

16 Tongkat ali Eurycoma longifolia (Simaroubaceae) 1

17 Perah Elateriospermum tapos (Euphorbiaceae) 2

18 Kembang semangkuk Scaphium macropodum 1

19 Kayu arang (*flowering) Diospyros ismaili (Ebenaceae) 1

20 Teh liar (*flowering) Schima sp. (Theaceae) 1

21 Nipis kulit Memeceylon sp.(Euphorbiaceae) 1

22 Pucuk manis hutan (*fruiting) 1

22 Rengas Gluta renghas (Anacardiaceae) 1

23 Jambu laut Syzygium sp.



25/4/2010


Paya trail + Logging trail


No. Local name Scientific name Frequency

1 Kelat samak Syzygium cerinum (Myrtaceae) 4

2 Tukul takal Decaspermum fruticosum (Myrtaceae) 3

3 Berangan hutan Castanopsis sp. 2

4 Otak udang Buchanania sp. (Euphorbiaceae) 2

5 Petai Parkia speciosa (Leguminosae) 2

6 Mendung Elaeocarpus sp. 3

7 Mempoyan Rhodamnia cinerea (Myrtaceae) 4

8 Terap hitam Artocarpus scortechnii (Moraceae) 5

9 Cempedak bangkong

*Flowering Artocarpus integer var. Sylvestris (Moraceae) 3

10 Pepauh Merope sp. (Rutaceae) 2

11 Tempinis Streblus elongatus (Moraceae) 1

12 Kelat merah Syzygium sp (Myrtaceae). 1

13 Lesianthes sp. 2

14 Penarahan Knema sp. 2

15 Kandis gajah Garcinia grifftiithii (Guttferae) 3

16 Beruas * flowering Garcinia hombroniana (Guttiferae) 1

17 Teh hutan (Theaceae) 4

18 Tongkat ali hitam Polyalthia bullata (Annonaceae) 1

19 Setambun Baccaurea parvifolia (Euphorbiaceae) 3

20 Bekak Aglaia sp. 2

21 Nipis kulit Memeceylon sp. 2

22 Rambutan pacat Xeropermum noronhianum 3

23 Kedondong hutan Dacryodes sp. 1

24 Kelempayan Neomalarckia cadamba (Rubiaceae) 2

25 Bauhinia championii (Leguminosae) 2

26 Tulang tulang jantan Timonius wallichianus (Rubiaceae) 1

No comments:

Post a Comment