My Blog List

Monday, June 9, 2014



Assalam
Semoga semua rakan sihat sejahtera.Saya bercadang mewujudkan ajk Biro IT yang berwibawa untuk meningkatkan aktiviti Biro IT dan meningkatkan komunikasi dikalangan ahli.

Insyaallah saya akan adakan kursus khas utk membia blog utk ahli disamping memantapkan pengetahuan asas power point dan excell.

Pada 2 - 4 Jun 2014 saya dan rakan lain telah berjaya mengadakan kursus asas komputer utk staf SR 1 dan kursusu ini telah dijalankan dengan ceria.

 

Monday, October 29, 2012

Wanita pilihan lelaki



Wanita pilihan lelaki
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik adalah maksud hadis yang selalu didengar dan wanita yang baik adalah sumber inspirasi  bagi setiap kejayaan lelaki.Diruangan ini adalah sebahagian ciri-ciri wanita pilihan yang dikongsi dari blog lain.

1. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.


3. Cantik
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.


4. Berakhlak Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.


5. Berpegang pada agama
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”


6. Dari keturunan yang baik-baik.
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.


7. Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.


8. Tidak mempamerkan keseksian
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)


9. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.


10. Memahami lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.


11. Tidak terlampau cemburu
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


12. Sejuk mata memandang.
Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.


13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.


14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.


15. Mempunyai persamaan yang bermakna
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.


16. Pemaaf
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.


17. Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.


18. Berkeyakinan diri


19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.
Maksud ‘body language di sini adalah cara percakapan, kawalan diri di hadapan orang ramai dan sebagainya.


Sunday, July 3, 2011

LAPORAN DWI TAHUNAN KEKAM SERDANG SESSI 2009/2011



KESATUAN KAKITANGAN AM MARDI MALAYSIA
( KEKAM )
CAWANGAN SERDANG
No.Pendaftaran : 510
LAPORAN DWI TAHUNAN KEKAM CAWANGAN SERDANG 2009/2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tuan/Puan yang dihormati,
Adalah kami Ahli Jawatankuasa KEKAM Cawangan Serdang dengan rasa penuh tanggungjawab dan sukacitanya membentangkan Lapopran Dwi Tahunan yang dijalankan sepanjang tempoh 2009/2011 yang lalu untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung KEKAM Cawangan Serdang ke 20 pada 6 Julai 2011di Auditorium Besar Ibu Pejabat MARDI ,Serdang.
1. Ahli Jawatankuasa KEKAM Cawangan Serdang 2009/2011
Hj.Omar Bin Yahyer                                      - Pengerusi
Javani bin Md. Dom                                      - Naib Pengerusi
Md.Rodzi bin Abdullah                                  - Setiausaha sehingga 18 Januari 2010
Abibah bintiu Mat Amin                                - Setiausaha Bermula 18 Januari 2010
Ahmad Termizi bin Hj.Salimin                                  - Bendahari
Dayangku Rosfinar binti Awangku Kadri      - Penolong Setiausaha Bermula 18/i/2010
Mohd Nor bin Awaludin                                - Ahli Jawatankuasa                          
En.Fadruazam bin Solihin                              - Ahli Jawatankuasa                          
Haris bin Shamsuddin                                               - Ahli Jawatankuasa                                      
Kasmah binti Mohamad                                - Ahli Jawatankuasa                          
Mohamad bin Abd.ziz                                               - Ahli Jawatankuasa


2. Ahli Jawatankuasa  KEKAM Pusat 2009/2011

Ramli bin Omar                                            - Yang Dipertua
Sanusi Samsuri                                              - Naib Yang Dipertua
Che Ab.Ghani bin Adam                                - Setiausaha
Md.Rodzi bin Abdullah                                  - Penolong Setiausaha                                  
Rosli bin Hussin                                             - Bendahari
Hajah Jamaliah bt. Ahmad                            - Penolong Bendahari

3. Ahli Majlis Jawatankuasa Agung( MJKA )
Pengerusi – pengerusi KEKAM Cawangan Kedah,Pulau Pinang, Perak, Selangor,Serdang,Melaka,Johor,Pahang,Terengganu dan Kelantan.

4. Mesyuarat AJK KEKAM Cawangan Serdang.

Ahli Jawatankuasa KEKAM Cawangan serdang bagi sessi 2009/2011 telah mengadakan mesyuarat sebanyak 14 kali.
Semua mesyuarat diadakan di Pusat Ilmu.

Bil.
Tarikh
Tempat
1
12/11/09
Pusat Ilmu
2
15/12/09
Pusat Ilmu
3
4/1/2010
Pusat Ilmu
4
18/1/2010
Pusat Ilmu
5
25/1/2010
Pusat Ilmu
6
4/2/2010
Pusat Ilmu
7
25/2/2010
Pusat Ilmu
8
30/3/2010
Pusat Ilmu
9
14/7/2011
Pusat ilmu
10
15/12/2010
Pusat Ilmu
11
19/1/11
Pusat Ilmu
12
4/2/2011
Pusat Ilmu
13
28/3/2011
Pusat Ilmu
14
7/4/2011
Pusat Ilmu

5. Kehadiran Ahli J/K adalah seperti berikut :
 1        2          3          4          5          6          7          8         
Hj.Omar Bin Yahyer                                               H         H         H         H         TH       H         H         H        
Javani bin Md. Dom                                               H         H         H         H         H         H         H         H
Md.Rodzi bin Abdullah                               H         H         -           -           -           -           -           -
Abibah bintiu Mat Amin                             H         H         H         H         H         H         H         H        
Ahmad Termizi bin Hj.Salimin                    H         H         H         H         H         TH       TH       TH
Dayangku Rosfinar binti Awangku Kadri    -           -           H         H         H         H         H         H
Mohd Nor bin Awaludin                             H         H         H         H         TH       H         TH       H        
En.Fadruazam bin Solihin                           H         H         H         TH       TH       TH       H         H        
Haris bin Shamsuddin                                 H         H         H         H         H         H         H         H        
Kasmah binti Mohamad                             H         H         H         H         TH       H         H         H        
Mohamad bin Abd.ziz                                 H         H         H         H         H         H         H         H        

                                                                    9          10        11        12        13        14       
Hj.Omar Bin Yahyer                                               H         H         H         H         H         H        
Javani bin Md. Dom                                               H         H         H         H         H         H                                
Abibah bintiu Mat Amin                             H         H         H         H         H         H                    
Ahmad Termizi bin Hj.Salimin                    H         H         H         H         H         H                    
Dayangku Rosfinar binti Awangku Kadri    TH       TH       H         H         TH       H
Mohd Nor bin Awaludin                             H         TH       H         H         H         H                                
En.Fadruazam bin Solihin                           TH       H         H         H         H         H                                
Haris bin Shamsuddin                                 H         H         H         H         H         H                                
Kasmah binti Mohamad                             TH       TH       H         H         H         H                                
                  Mohamad bin Abd.Aziz                             H         H         H         H         H         H




6. Laporan aktiviti KEKAM Cawangan Serdang Bagi Sessi 2009/2011

1.Seminar Pengetahuan Tacit Kakitangan Sokongan MARDI Peringkat kebangsaan Yang diadakan di MAEPS.

 Seminar pengetahuan tacit telah diadakan pada Julai 2009 melibat hampir 1200 kakitangan sokongan MARDI dari seluruh Malaysia.KEKAM Serdang bertanggungjawab menjadi urusetia makanan dan minuman.Kseluruhan seminar telah dijalankan dengan jayanya dimana semua kakitangan sokongan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.Seminar ini juga mencatat sejarah dimana keseluruhan program seminar dijalankan oleh kakitangan sokongan termasuk pembentang kertaskerja.

            2.Persidangan KEKAM peringkat Kebangsaan kali ke-19.
            Persidangan KEKAM peringkat kebangsaan kali ke- 19 telah diadakan pada 15- 17         disember 2009. KEKAM Serdang bertanggungjawab mengendalikan keseluruhan aktiviti             persidangan ini yang melibatkan hampir seratus perwakilan dari cawangan KEKAM             seluruh Malaysia. Persidangan telah dijalankan dengan jayanya dimana En.Ramli bin            Omar mengekalkan jawatannya dan En.sanusi Samsuri mengambil alih jawatan naib   Yang Dipertua.
            3.Hari Terbuka KEKAM Serdang.
            Hari terbuka KEKAm telah diadakan pada 27Februari 2010 melibatkan 150 orang ahli   KEKAM bersama keluarga.Datuk KP sudi merasmikan program sukan ini dimana lebih      belas   acara   ditandingkan melibatkan kanak-kanak dan peserta dewasa.Diakhir    program Datuk KP ,iisteri dan PKO sudi menyampaikan hadiah permainan hadiah      cabutan bertuah.Keseluruhannya aktiviti telah dijalankan dengan lancar dan melalui             program ini dapat menarik lebih ramai kakitangan baru menjadi ahli KEKAM.
            4. Lawatan ke MARDI LANGKAWI dan MARDI Bukit Tangga.
            Lawatan ini diadakan pada 5-7 Mac 2010 melibatkan 40 orang peserta.Objektif            lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli KEKAM kepada aktiviti       pertanian perlancongan yang dijalakan di MARDI Langkawi.
            Lawatan ke MARDI Bukit Tangga telah mendedahkan ahli-ahli KEKAM kepada aktiviti   tanaman buah-buahan secara ladang yang luas dimana Stesen MARDI Bukit Tangga      adalah             stesen Penyelidikan Buah-buahan terbesar di Malaysia.
            5. Lawatan ke MARDI Cameron Higlands dan Perkampungan orang Asli.
            Lawatan ke MARDI Cameron Higlands telah diadakan pada 29-31 /10/ 2010 melibatkan          80 peserta dengan menaiki 2 buah bas.Dalam lawatan ini para peseta rombongan telah     didedahkan kepada teknologi pertanian di  tanah tinggi.Para peserta amat teruja           dengan keindahan alam semula jadi Cameron Higlands disamping cuacanya yang     nyaman dan dingin.Diakhir rombongan para peserta mengambil peluang membeli hasil                pertanian yang murah dan segar sebagai buah tangan untuk keluarga dan sahabat             handai.Disamping itu para peserta sempat menziarahi perkampungan orang Asli          Cameron Hihlands untuk menyampaikan bantuan pakaian terpakai yang dikumpulkan di      MARDI ibu Pejabat termasuk sumbangan dari stesen MARDI yang lain.
            6. Lawatan ke MARDI Kuala Linggi.
            Lawatan ke MARDI Kuala Linggi telah diadakan pada 28 Februari 2011 melibatkan 10 orang Ahli Jawatankuasa.Para peserta disambut dengan meriah oleh Pengurs Stesen          En.Shafie Bukari bersama dengan kakitangan yang lain.Para peserta amat teruja dengan      teknologi memproses minyak pati yang boleh dibuat sabun dan pewangi yang       mempunyai kualiti setaraf kualiti angtarabangsa.Sebelum pulang tuan Haji Ibrahim Bidin    telah memberi hadiah sabun dan minyak wangi kepada para peserta  sebagai cederahati        .Pada malam sebelum semua AJK sempat bermesyuarat mengmaskini senarai ahli      terkini KEKAM sedang di chalet tempat penginapan.Pada malam itu juga para peserta       rombongan telah menyediakan ikan dan udang bakar untuk jamuan malam dengan         menggunakan wang kutipan dari setiap peserta...
            Pada waktu petang pada hari yang sama para peserta berkesempatan melawat projek e-        Kasih melibatkan petani  miskin melibatkan projek itek telur dan Gerai makan.

            7.Program bimbingan Komputer.
            Proram bimbingan computer telah diadakan pada 13-15 April 2010 melibatkan hampir            40 peserta bertempat di pusat computer MARDI.disepanjang kursus ini para peserta           mendapat bimbingan secara formal berkaitan pengndalian E-Mail,excel dan      Words.Jamuan makan para peserta dibiayai oleh Sumber Manusia dan KEKAM menyumbang saguhati kepada tiga orang pembimbing dari pusat computer.

            8. Kursus menjahit.
            Kursus menjahit telah diadakan pada 1- 3  Ogos 2010 bertempat di Pusat ilmu yang      dijalankan sewaktu rehat tengahari melibatkan 40 peserta.Puan Abibah dan Puan      Jameah Baharom sudi menjadi pembimbing dan diakhir kursus terdapat peserta yang           mampu menjahit pakaian mereka  sendiri.
           
            9. Menyediakan  jamuan Raya.
            KEKAM Serdang telah membantu penganjur Jamuan Raya Puasa MARDI Serdang dengan         menydiakan soto pada raya 2009 dan rojak buah pada 2010.Seramai hamper 20 peserta       dikalangan ahli bergotong royong menyediakan juadah tersebut dimana segala kos   ditanggung oleh MARDi dan KEKAM Pusat.Program ini agak mencabar ,kerana KEKAM     Serdang diminta menydiakan juadah untuk 800 orang setiap perayaan.Bagaimanapun             program ini dapat merapatkan silaturrahim kakitangan disamping dapat berbakti         kepada masyarakat MARDi Ibu Pejabat.
            10. bantuan Kebajikan.
            Bantuan kebajikan juga telah diberi kepada kakitangan yang mendapat rawatan di       hospital dan mengalami musibah kebakaran untuk meringankan bebanan ahli.Senarai          penerima bantuan adalah seperti dilampirkan.Ahli-ahli yang bersara juga diberi saguati       dan sebuah jam sebagai cendera hati.